Grab dan Sarawak berkerjasama dalam pendigitalan pasar tani dan pasar tamu

 

Sudarnoto Osman, Hazwan Razak,Ben Chin, Adelene Foo. 


KUCHING-- Grab Malaysia dan Sarawak Digital Economy Corporation Bhd (SDEC) kini menjalinkan kerjasama dalam memperkasakan tranformaai pendigitalan pasar tani dan pasar tamu di negeri ini.

Selaras dengan usaha itu, Grab dan SEDC memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mempercepat transformasi digital di Sarawak.

Grab dalam kenyataan medianya hari ini berkata, sebagai pengiktirafan kepada peranan penting digitalisasi dalam ekonomi Sarawak yang sedang berkembang, MoU itu bertujuan memanfaatkan keupayaan teknologi dan aplikasi Grab.

"Dalam mendukung pendigitalan pasar tani/tamu, Grab dan SDEC akan bekerjasama untuk membawa pasaran tradisional tempatan ini dalam talian melalui platform Grab.

"Ini akan membantu mereka mengembangkan pangkalan pengguna mereka, mengukuhkan daya tahan terhadap kejutan yang tidak dijangka seperti

COVID-19, sambil menyediakan pilihan mampu milik kepada orang ramai untuk mendapatkan barang keperluan setiap hari," kata kenyataan itu.

Malah, tambahnya usaha itu juga bagi mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama kepada pengguna di seluruh Asia Tenggara.

“Grab dan SDEC juga akan berusaha membantu peniaga tempatan tradisional mendigitalkan perniagaan mereka, memberi mereka akses kepada pangkalan pelanggan yang lebih luas dan memperluas potensi pendapatan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Grab Malaysia Adelene Foo berkata MoU itu merupakan inisiatif terbaharu mereka di Sarawak bagi mencerminkan komitmen iaitu melaksanakan peranan yang lebih besar dalam menyokong pertumbuhan ekonomi digital yang terangkum dan mampan di seluruh Malaysia.

Jelas beliau, Grab akan memanfaatkan teknologi dan pandangan mereka untuk meningkatkan keupayaan digital di negeri ini.

"Ini bagi mengukuhkan daya tahan perniagaan tempatan dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada warga Sarawak terhadap perkhidmatan dalam talian yang boleh dipercayai dan mudah," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SDEC Dato Sudarnoto Osman berkata sektor pelancongan digital Sarawak menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi.

"Dengan kerjasama Grab ini akan mengukuhkan komitmen mereka untuk meletakkan negeri ini sebagai hab digital terkemuka di rantau ini.

“Kerjasama ini merupakan langkah strategik untuk menarik inovasi, memperkasakan keusahawanan, merangsang pengembangan ekonomi dan mengukuhkan kedudukan Sarawak dalam peta digital global,” tegas beliau.

Kerjasama itu akan memanfaatkan platform dan capaian Grab di Asia Tenggara untuk memperkasakan inisiatif kerajaan Sarawak dalam pelancongan pintar dan digital bagi mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini.

Menerusi MoU itu, pewujudan ruang istirahat khusus Grab di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dapat dipermudah bertujuan menambah baik pengalaman pengunjung di samping mempromosikan peniaga tempatan Sarawak melalui program “GrabFood 5-Star”, program bimbingan dan literasi kewangan peniaga, pendigitalan Pasar Tani/Tamu serta pilihan mobiliti mampan.

Selain itu, Grab juga berganding dengan pasar raya Everrise, melalui pengambilalihan rangkaian pasar raya itu dengan menyasar untuk mendigitalkan operasinya dan menawarkan kemudahan penghantaran barangan runcit atas permintaan kepada lebih ramai pengguna.

Kata kenyataan itu Grab dan Everrise akan bekerjasama untuk menyepadukan teknologi Grab ke dalam operasi rangkaian pasar raya itu bagi menawarkan pengalaman beli-belah barangan runcit secara dalam talian yang boleh dipercayai dan konsisten kepada pengguna seperti beli-belah di kedai dengan pilihan penghantaran yang berpatutan dan boleh dipercayai.

Pengarah Eksekutif Everrise Jeffrey Sia berkata pihaknya telah mengenal pasti keperluan untuk melakukan perubahan berani kepada operasi yang lebih digital bagi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang dan Grab ialah rakan kongsi terbaik untuk membantu merealisasikan aspirasi itu.

Jelas beliau, Grab memiliki teknologi dan kepakaran terbaik untuk memberikan pengalaman penghantaran barangan runcit dalam talian yang terbaik, dan paling penting mempunyai pandangan yang mengutamakan pelanggan.



Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama