BAS.MY Kuching memulakan perkhidmatan secara berfasa mulai 5 Mac

 

Bas.my

LPKP Sarawak dengan sukacita memaklumkan BAS.MY Kuching akan memulakanperkhidmatan secara berfasa mulai esok. 

Laluan Q10 adalah laluan pertama yang akan mula beroperasi pada 5 Mac 2025 (Rabu). 

Laluan ini dari Open Air Market ke Serian melibatkan 6 buah bas baharu yang mesra OKU. 

Jarak sehala laluan ini adalah sebanyak 67 km dan merangkumi 48 hentian bas.

Bas.my


Perkhidmatan BAS.MY Kuching dilaksanakan di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti atau Stage Bus Service Transformation (SBST) dibawah Kerajaan Persekutuan. 

Perkhidmatan BAS.MY Kuching akan dilaksanakan secara berfasa sehingga bulan April 2025. 

Apabila perkhidmatan ini berjalan sepenuhnya, terdapat sejumlah 56 bas baharu yang akan memberi perkhidmatan di 10 laluan. 

Bas.my


BAS.MY Kuching menggunakan sistem pembayaran terbuka di mana pengguna boleh membayar dengan kad debit, kad kredit, e-wallet dan juga wang tunai.

 

Tambang perkhidmatan BAS.MY Kuching untuk laluan pertama ini adalah antara RM1.00 sehingga RM12.40, bergantung kepada jarak. 

Warganegara Malaysia boleh melanggani Kad 30 Hari BAS.MY pada harga RM50yang akan membolehkan pengguna menaiki perkhidmatan BAS.MY Kuching tanpahad untuk 30 hari. 

Bas.my


Selain itu, warga OKU, warga emas berumur 60 tahun ke atas, pelajar sekolah dan mahasiswa yang merupakan warganegara Malaysia juga boleh menikmati tambang percuma dengan memohon Kad Konsesi BAS.MY dengan pihak pengendali. 

LPKP Sarawak di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) komited

untuk memastikan perkhidmatan BAS.MY Kuching boleh menyumbang kepada pengangkutan awam yang lebih baik di kawasan Greater Kuching

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama