Ibrahim Baki bakal dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, angkat sumpah Isnin ini?

 



KUCHING— Naib Presiden baharu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Ibrahim Baki dilaporkan sebuah portal berita akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak.


Memetik laporan DayakDaily, beberapa sumber yang boleh dipercayai mengatakan majlis angkat sumpah itu akan diadakan pada Isnin ini (17 Mac).

Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok dalam barisan Kabinet Negeri itu dipercayai susulan kemenangannya dalam pemilihan jawatan Naib Presiden PBB Sayap Bumiputera baru-baru ini, di mana beliau memperolehi undian yang tertinggi. 


Dalam pemilihan jawatan itu, Ibrahim berjaya memperolehi undian tertinggi bagi jawatan Naib Presiden PBB bagi Sayap Bumiputera dengan 910 undi, diikuti Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi (900), Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Permbangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapae (788) dan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh (687).

Dua penyandang tersingkir - Karim dan Rahman


Dua penyandang Naib Presiden (Bumiputera) yang tersingkir, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi selepas masing-masing memperolehi 669 dan 546 undi.

Ahli Lembaga Pengarah Petronas


Mengenai Ibrahim Baki, beliau memulakan kerjaya politiknya pada 1985 apabila beliau menyertai Sayap Pemuda PBB Cawangan Satok.


Pada 1987, beliau terlibat secara aktif dalam Pemuda PBB Negeri dan seterusnya berkhidmat sebagai Setiausaha Agung dan Naib Presiden Pemuda PBB selama kira-kira 15 tahun. 

Karim, Alexander dan Ibrahim - Tunjang kekuatan PBB era Abang Jo


Selepas itu, beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi dan sebelum menjadi Naib Presiden PBB Sayap Bumiputera, beliau merupakan Timbalan Setiausaha Agung PBB. 


Penglibatan beliau dalam PBB menjangkau lebih 40 tahun dan pada masa ini, beliau adalah Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Sentiasa turun padang - Ibrahim Baki melawat rakyat terjejas banjir di PPS


Selain sebagai ahli politik, Ibrahim juga merupakan tokoh korporat yang disegani dan profesional undang-undang terkenal dengan pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam sektor korporat dan syarikat berkaitan kerajaan. 


Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LL.B) (Kepujian) di United Kingdom dan tamat Barrister-at-Law di Lincoln Inn, London sebelum memulakan kerjayanya pada tahun 1984 sebagai Pegawai Undang-Undang PETRONAS di Kuala Lumpur. 

Gandingan mantap - Sharifah Hasidah, Ibrahim Baki dan Fadillah Yusof semasa di Majlis Penyerahan Geran Tahunan kepada JKKK , masjid masjid dan surau surau.


Pada tahun 1985, beliau menjadi rakan pengasas dalam Messrs Idris Buang, Ibrahim Baki & Co, Advocates & Solicitors, Sarawak. 


Sejak 1991, beliau telah terlibat dalam beberapa perniagaan dari pembangunan hartanah, perkapalan, logistik, perkhidmatan media dan pengurusan. 



Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama